Sunday 27 November 2016

Permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2017 Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2017 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016 PERMOHONAN MRSM FORM 1 (TINGKATAN 1) MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAHUN 2017
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat umum juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2017 Tarikh Permohonan Online Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2017 Dibuka 13 September 2016 Ditutup 20 November 2016 Maklumat Sistem Pendidikan MRSM Program SPMRSM »
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM Program IGCSE Program MYP Program Teknikal Program Ulul Albab Cara Dan Langkah Untuk Buat Permohonan Online Pemohon baru hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan online Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem pada judul pautan berikut Sistem Aplikasi Daftar Pengguna Dan Mendapatkan Kata Laluan
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan Sila layari sistem Borang Online Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun Pengambilan 2017 pada judul pautan dibawah atau mengikut arahan yang terpapar selepas berjaya mendapatkan kata laluan Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Tahun 2017 Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Maklumat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2017

Pemohon dinasihatkan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online Syarat Umum Kelayakan Masuk Ke MRSM Bagi Pelajar di Semenanjung Malaysia Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia i. Pelajar Bumiputera tahun enam ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 Syarat Umum Dan Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 1 MRSM 2017 Semenanjung Malaysia Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia Penting! Muat Turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan Iklan Dan Panduan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2017 Bagi Semenanjung Malaysia
Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Sabah Dan Sarawak Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak
 i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016
Syarat Umum Dan Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 1 MRSM 2017 Sabah Sarawak Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kuching Pemohon yang memilih MRSM Mukah, MRSM Betong, MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens tidak perlu menduduki UKKM Penting!

Muat Turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan  Iklan Dan Panduan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2017 Bagi Sabah Dan Sarawak Semua pelajar tahun enam (2016) di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2017 sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan selain mengambil kira keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan syarat keutamaan lain MARA LONGGAR SYARAT KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 TAHUN 2017 Info Calon-calon yang layak menduduki UKKM Tingkatan 1 akan menerima email pengesahan untuk LOGIN SEMULA dalam sistem dan memilih pusat UKKM/ temuduga Sistem Aplikasi akan dibuka pada 21 – 30 November 2016

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

No comments:

Post a Comment