Sunday 18 December 2016

PELAJARAN RENDAH KKM

PELAJARAN RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut menguji:-
  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

PRASEKOLAH

Komponen:
  1. Bahasa dan Komunikasi
  2. Perkembangan Kognitif
  3. Kerohanian dan Moral
  4. Perkembangan Sosioemosi
  5. Perkembangan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Teras:
  1. Bahasa Melayu
  2. English Language
  3. Bahasa Cina (SJKC)
  4. Bahasa Tamil (SJKT)
  5. Mathematik
  6. Dunia Sains dan Teknologi
  7. Pendidikan Islam
  8. Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib:
  1. Pendidikan Jasmani
  2. Pendidikan Kesihatan
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Dunia Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
  1. Bahasa Cina Komunikasi
  2. Bahasa Tamil Komunikasi
  3. Bahasa Arab Komunikasi
  4. Bahasa Iban (bermula tahun 3)
  5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:
  1. Bahasa Melayu
  2. English Language
  3. Bahasa Cina (SJKC)
  4. Bahasa Tamil (SJKT)
  5. Mathematik
  6. Sains 
  7. Sejarah
  8. Pendidikan Islam
  9. Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib:
  1. Pendidikan Jasmani
  2. Pendidikan Kesihatan
  3. Reka Bentuk Teknologi
  4. Pendidikan Seni Visual
  5. Dunia Muzik
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Mata Pelajaran Tambahan:
  1. Bahasa Cina Komunikasi
  2. Bahasa Tamil Komunikasi
  3. Bahasa Arab Komunikasi
  4. Bahasa Iban
  5. Bahasa Kadazandusun
  6. Bahasa Semai

Perubahan Pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2017 (Bhg.2)





Perubahan Pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2017

Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.

Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.

Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu.

Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.

Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan)





PPD PULAU PINANG.






21st Century Classroom.


PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (Bhg. 2) - Bidang Pembelajaran.








PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab penting dalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini.
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran berasaskan Pembelajaran abad ke-21.
1. Round Table
2. Think-Pair-Share
3. Hot Seat
4. Deklamasi Sajak/ Nanyian
5. Pembentangan Hasil Sendiri
6. Role Play
7. Gallery Walk
8. Three Stray, One Stay
9. Lain-Lain
10. Peta i-Think



SENARAI BUKU TULIS & BUKU KERJA TAMBAHAN; WAKTU KEDAI BUKU SEKOLAH & PENGGAL PERSEKOLAH 2017