Thursday 9 February 2017

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Image may contain: textAkta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi memastikan taraf (standard) pengajaran yan g memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010. SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :

STANDARD 1
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)

STANDARD 2
Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4
Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

STANDARD 5
Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

No comments:

Post a Comment