Sunday 1 January 2017

SARANA IBUBAPA

Apa itu Sarana Ibu Bapa?

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.
Rasional pelaksanaan
Penglibatan ibubapa dan komuniti dalam pelajaran anak adalah sangat penting dan dapat membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan mereka. Oleh itu, amatlah penting ibubapa menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. Dalam sarana ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah ibu bapa mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan boleh menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan mereka dalam empat bidang iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, komunikasi dan interaksi dengan anak serta sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Kenapa ibubapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah kepada anak:
Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik
Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi
Kehadiran ke sekolah lebih bagus
Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan
Keciciran persekolahan dapat dielakkan
Faedah kepada ibu bapa:
Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah
Ibubapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah
Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain
Lebih mudah menyediakan suasana rumah yang sihat.


No comments:

Post a Comment